Sunday, March 13, 2011

Sukan Taski Darul Najah

Hari Sabtu 12.03.2011 Taski Darul Najah mengadakan sukan.Adilah memasuki pertandingan menyusun huruf a hingga g secara individu. Kalau ikutkan hati nak kata kat Adilah" tak payah lah pergi sukan, kita ikut abah lah".Hubby ada mesy kat Sandakan. Aku pun dah cuti sekolah.Tapi bila fikir2 balik,Sandakan bila2 pun boleh pergi,pengalaman Adilah masuk sukan sekali ja.AJK sedang mengikat riben di pergelangan tangan(ada nama) senang nak cam.Muka Adilah tak manis langsung...
Pandai pulak Adilah dok bersila.Sedang khyusuk mendengar perasmi berucap.Kalau tidak hubby la jadi perasmi,tapi dah ada mesy.Kaum ibu jugalah yg bawa anak2.
Perasmi sedang berucap.
Budak2 ni diberi makan dulu.Adilah kata kuih taya traktor(donat).Tudung hijau depan Adilah namanya Mira Kadir.Adilah selalu bg nama kawan dia sekali nama bapa.
Banyak juga acara yg dipertandingkan.Antaranya merarik bola guna gelung rotan.
Memakai pakaian seragam.Tengok tu ada yg pakai terbalik...
Tu dia...Adilah dok tengah susun huruf a-g.Mula2 dia tak mahu masuk.Adilah sangat pemalu klau di sekolah.Klau di rumah baca a sampai z.Memekak satu rumah
Yang lucunya,dia habis ja susun,terus lari ikut kawan.Dia tak kira lah betul ka,salah ka.Jadi utk acara tu ada pemenang tempat 1 dan 2 ja.Tak ada tempat ke-3.Adilah salah susun.Geramnya aku...Tapi tak apalah yg penting aku tahu Adilah kenai huruf.Mungkin gabra sgt masa pertandingan.Yg penting dia mau juga masuk.Klau teriak kat situ lagi la malu.He,he,he
Acara dayung sampan.Adilah masuk juga.Tapi tak menang,sebab tekong di depan sekali dok menangis.
Ni pulak...acara isi air dlm botol.Haa...ni kumpulan Adilah menang.Dapat tempat pertama.
Acara utk ibu bapa.Ni mesti suami isteri.Jadi aku tak blh masuk la.Sedih...hubby tak dak.Waaaa......Eehhh aku masih ada peluang.Acara semakin jauh, semakin sayang blh berganding dgn kawan.Apa lagi aku kan suka acara2 mcm ni.Aku masuk dgn isteri perasmi.Kami dpt tempat ke-2.Gambaq tak dak la pulak.Tak sapa nak ambil gambar.
Acara penyampaian hadiah.
Dapat piala,hamper...
Adilah dan kawan baiknya Wawa selepas tamat majlis.
Adilah dgn kejayaannya...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...