Sunday, May 29, 2011

Spagheti Ala Malaysia

Bahan-bahan yg diperlukan.


Ini utk hubby.Ada taburan cili padi. Fuhhh... pedas giler...

Ha... ni utk aku dan Adilah.

Saturday, May 28, 2011

Bioaura-Air tapisan(23 Mei 2011)

Alhamdulillah, bioaura dah sampai. Tempat penapis air yg lama dah rosak. Jadi aku memang cadang nak beli baru. Bila buka blog aku saja pi klik kat shoutmix bioaura. Ada promosi. Hai blh percaya ka ni? Jadi aku call tanya dgn lebih lanjut. Aku berhubung dgn saudara Zuwairi. Katanya ke Sabah/Sarawak pun mrk hantar. Harga promosi RM680,Kos penghantaran RM 97.Semuanya RM777. Zuwairi ada tel. beberapa kali,bg tau dia sudah pos pada 16/5/2011. Jangka sampai 19hb atau 20hb. Tunggu2 tak sampai. Dlm hati, hai aku ni kena tipu ka?? Petang 23hb hubby bawa balik kotak bioaura. Hubby terus minta tolong pekerjanya pasang. Pd mulanya ada masalah sikit nak pasang. Tapi nasib baik saudara Zuwairi dan kawannya, Hafiz ni seorg yg bertanggungjawab.Tak lepas tangan. Dlm tel. dok terang kat aku mcm tu,mcm ni. Akhirnya berjaya pasang. Jadi terima kasih lah...

Sambutan Hari Guru & Hari Ibu Taski Darul Najah



Putu(daripada ubi kayu)



Sagol Pari (masakan suku kaum Bajau). Makan dgn putu. Sedap...


Potluck. Macam2 ada...



Ustaz sedang memberi ucapan.



Bergambar dgn guru kelas Adilah (Kelas B)


Bergambar dgn guru Kelas A.


Bergambar dgn Pembantu Taski.





Friday, May 27, 2011

Ikan kerapu stim

Gaya terkini

Chaaakkk...
Ok tak mcm ni??
Begini??? Ok kan?

Nasi goreng abah

Ni dah lama, tapi baru masuk n3. Ni hubby buat masa aku sibuk giler. Hari Ahad, hubby offer nak buat nasi goreng. Jadi hubby pi kedai beli perencah nasi goreng Maggi. Katanya klau tak dak ni tak pandai buat. Kira lulus lah...
Adilah, pelanggan setia.
"Cubalah lah, pasti sedap"

Penempatan sementara

Inilah tempat kami, sementara menunggu bilik guru kami siap. Seminggu lebih juga kami duduk kat sini.
Tension...
Beginilah nasib, diriku yg malang...

Roda kehidupan

Bulan yg paling sibuk dan stress bg aku.Tu yg lama tak masuk n3. Kerja sekolah tak habis2.Mula dr buat soalan ujian prestasi 1,menanda kertas.Buat pulak ujian prestasi 2,menanda kertas lagi.Lepas tu semak buku latihan nak hantar kat pengetua. Semak pulak buku latihan cikgu lain. Tengok takwim sekolah kena pulak buat minggu BM. Ada pulak pertandingan bahasa peringkat daerah. Kena hantar pulak wakil bahas ala parlimen, berbalas pantun,drama.Pada masa yg sama pulak bilik guru aku nak dibaiki.Jadi, terpaksalah kami pindah,merempat di kelas sebelah. Lagi serabut la kepala.Dah la kerja byk,tempat pulak bersepah, cari brg pun tak jumpa. Lepas tu, ada pulak masalah gaji. Ha..satu lagi pembantu pulak berhenti tiba2. Aku terpaksa ambil cuti rehat 2 hari. Mujur lah mak mertua dan bapa mertua dtg. Mereka dtg nak bercuti, tapi kena jaga cucu pulak.Hai bertimpa2 masalah dtg.
Alhamdulillah...ni lega sikit. Semua dah selesai, tunggakan gaji pun dah dpt. He,he,he...Ada pulak peperiksaan pertengahan tahun. Kali ni kena buat soalan,JSU,skema.Hari ni last budak2 exam.Hari ni juga last persekolahan.Horeyyy...cuti sekolah.Aku balik kpg, balik kpg. Tapi sebelum balik kena tanda kertas peperiksaan bg siap.Baru tenang nak bercuti. Hari ni juga ada jamuan utk cikgu2 yg dpt pindah. Tahniah la kpd yg dpt pindah. Yg tak dpt pindah bln 9 ni sama2 lah kita minta pindah. Kurang lagi cikgu BM. Hari ni juga Taski Adilah buat sambutan Hari Guru dan Hari Ibu. Semoga aku diberi kekuatan utk menghadapi hari mendatang...

Thursday, May 19, 2011

Memenuhi undangan majlis perkahwinan

Ini kenduri anak lelaki seorg kontraktor yg berjaya di LD. Buat kat Dewan Sri Perdana. Pelaminnya sama besar dgn pentas dlm dewan...


Kami naik ke pentas utk bersalam dgn pengantin dan keluarga pengantin. Di sini klau nak bg duit masukkan aje dlm pasu yg disediakan di depan pelamin. Bukan mcm kita di Semenanjung salam dgn tuan rumah, bagi duit masa tu.



Musim hujan

Laluan ke kantin sekolah


Sejukkkk.........

Kursus KOMSAS baharu




Tuesday, May 17, 2011

Minggu Bahasa Malaysia 2011

Antara aktiviti yang dilaksanakan:
Pertandingan mendeklamasikan sajak
Pertandingan puisidra
Pertandingan bercerita
Pertandingan menulis karangan
Pertandingan mencipta sajak
Teka silang kata

Masuk, jangan tak masuk pertandingan.Hadiah menarik menanti anda semua.He,he,he...tak dak keja lain cikgu nih,berleter la tu.

Di sinilah perhimpunan pagi tiap2 hari diadakan. Sedihkan??? Beginilah nasib guru2 dan pelajar di pedalaman.

Menghayatinya...Salah seorg cikgu sedang mendeklamasikan sajak. Dpt tempat pertama nih...





Akhir sekali, ku merakamkan jutaan terima kasih kpd semua AJK/ahli panitia BM yang menjayakan Minggu BM.Hanya Allah sahaja yang dpt membalasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...