Friday, March 18, 2011

Di Sebalik Pintu Dapur Kayu

Hari ni cadang nak buat kerabu ikan tongkol. Bila buka blog dari dapur madihaa aku dpt idea. Memandangkan semua bahan ada, kecuali ikan tongkol. Kat tempat aku dok ni ikan tongkol murah sekilo RM4 ja. Tapi sebelum ni aku tak tau nak masak apa ikan tongkol ni? Tapi hubby suka sgt beli ikan tongkol ni. Kadang2 naik geram kat hubby. Jadi hari ni aku suruh hubby beli ikan tongkol. Hubby kata "ikan yg selalu abg beli ka??".Hubby tanya 2,3 kali mcm tak pecaya pulak!!He..he..selalu tak mau.Hari ni suruh pulak.Aku ambik resepi dari dapur madihaa


Izinkan saya copy,paste resepi kat sini ya.Tima kasih...

Kerabu Ikan Tongkol by Watierman myresipi
sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
sumber :zazliza

Bahan-bahan
1/2 ekor ikan Tongkol (ikan kayu/ ikan aye) sederhana besar [MaDiHaA guna 1 ekor]
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda
air perahan limau kasturi/ limau nipis
sedikit gula (ditambah)
1 kuntum bunga kantan [MaDiHaA tambah] ~ dihiris nipis

Cara-cara
1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua. Lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi.
2. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah, cili api & bunga kantan.
3. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa.
4. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi. Gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam & gula secukup rasa dan perahkan limau kasturi .... dah siap untuk dihidangkan.




Ikan tongkol dah ada, aku cari pulak oven nak bakaq ikan ni. Lama aku tak guna oven ni.Last aku guna tahun 2008 kot. Aku simpan dlm almari dapur. Ok ka tak ok? Mintak2 la tak rosak. Aku ambik,lps tu aku cuci, lap2 n test. Masih ok. Lampu menyala.Alhamdulillah...






Lepas tu apa lagi aku pun bakar la ikan tongkol ni. lebih kurang 45 minit dan suhunya 190 darjah.


Dlm dok sibuk2 nak menyediakan bahan lain, dengar Adlina panggil, "mama,mama,mama, pah,pah". Aku buka pintu dapuq, tengok2...."ya Allah.........anak bertuah ni, air tumpah...basah habih".


Tengok muka tak ada perasaan.Dia buat dek ja...Geramnya aku.

Siap renyeh lagi kat aku masa aku ambik gambaq dia. Aku membebel2 kat dia babap tangan dia sikit, dia lari.

Tengok muka bersalah...


Aku sambung sedia bahan2. Ni antara bahan2nya...


Untuk puteri2ku aku buat sup ayam ja. Simple2 aje... Hubby makan dengan audit. Hari ni audit last berkpg kat sini.Tu dia sup ni dok menggelegak atais dapuq ni. Nah ambik, aku tangkap gambaq masa dok atais api lagi.He..he..


Ni hasil ikan tongkol yg dibakar. Wanginya...


Senyap ja puteri2ku nih. Depa buat apa pun tak tau??? Jenguk sat aihh...




















Tu dia berkelempang tidoq. Tengok Adilah tangan dok pegang remot tak lepas2.




Tu dia...siap dah "Kerabu Ikan Tongkol". Akhirnya berjaya jugak,walaupun pelbagai dugaan yg terpaksa ku tempuh.Eewahhh...Memang beginilah keadaannya setiap kali aku nak masak. Berperang di dapur,berperang dgn puteri2 ku ini. Apapun aku gumbira. Inilah hidupku...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...