Friday, January 18, 2013

Rinduuu...blog

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

           Lamanya daku tak buka blog. Dari awal tahun 2012 hingga awal tahun 2013. Lebih kurang setahun la tu kan. Malam ni rindu sangat nak buka blog. Sampai nama blog sendiri pun dah lupa. Hikhikhik...Awal tahun 2012 tu, aku sibuk uruskan perpindahan. Sebulan juga kami 3 beranak dok Sabah. Hubby pindah dulu, setelah beberapa kali minta tangguh.
          Akhirnya, aku redha dengan ketentuan Ilahi dan aku kuatkan semangat suruh hubby pindah dulu. Dalam masa yang sama aku berusaha uruskan perpindahan dan menunggu keputusan. Penantian satu penyiksaan. Waktu tu juga aku mengemas barang2 sedikit demi sedikit dengan bantuan pembantu rumahku. Nasib baik ada bibik ku. Banyak sungguh barang aku. Pening kepala nak mengemas. Ya lah 7 tahun aku di Sabah. Datang berdua, balik berempat.
          Akhirnya...penantian tamat. Bulan 4 aku dapat pindah balik Semenanjung ke Negeri Sembilan. Alhamdulillah...aku sangat2 bersyukur. Terima kasih Ya Allah, sesungguhnya Engkau memudahkan urusan ku dan Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku.


Monday, March 19, 2012

Keretapi Tanjung Aru ke Beaufort

Sambungan ombak perjalanan berapa pun tak tau???
Keesokkan harinya kami naik keretapi pulak...















Monday, March 5, 2012

Ombak Perjalanan 5

Terkandas di Kota Kinabalu...Kalau duduk saja dalam bilik, boleh darah tinggi. Apa tidaknya dengan Adilah dan Adlina ni. Macam2 depa buat. Sekejap gaduh, sekejap ketawa, melompat sana-sini. Balik2 nak mandi. Tu yang tak tahan.

Adlina sedang sibuk memasak...

Jadi aku dan hubby buat plan baru.


Selepas sarapan kat hotel, kami pi cari bas ke 1BORNEO. Adilah nak sangat naik bas.




Sampai sudah...



Pekena Mc D dulu...

Wednesday, February 1, 2012

Ombak Perjalanan 4









Ohhhhh.......tidddaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk........

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????













Pasport hubby sudah tak boleh digunakan lagi...

Sebenarnya hubby memang tahu tarikh tamat pasportnya 25.02.2012. Tapi, tapi...hubby tak tahupun yang 6 bulan sebelum tarikh itu perlu buat pasport baru. Hubby sorang saja yg bermasalah, aku dan anak2 okey,sebab kami bertiga baru buat pasport. Hubby guna pasport masa dia pi buat umrah. Hubby rasa bersalah sgt...

Pendekkan cerita, hubby aku ni sekejap pi pejabat Airasia, sekejap ke pejabat imegresen.Pergi balik,pergi balik dia. Aku serah semua keputusan kpd hubby. Aku urus anak2.

Keputusan yg diberi, pihak imegresen blh benarkan, tapi mereka takut Airasia pulak tak benarkan. Jadi bila kami pujuk2 pihak Airasia, mereka tak benarkan. Kata pegawai yang bertugas, mereka benarkan kami naik kapal mereka. Tapi bila sampai di Jakarta sudah pasti kami akan ditahan. Ditahan??? Kami akan disuruh pulang semula ke Malaysia.Hubby masih tak putus asa.Masih memujuk.

Akhirnya aku bersuara dan memberi pendapat. Biar kita susah di tempat sendiri, drp susah di tempat org. Abg buat dulu pasport baru. Akhirnya hubby akur.

Jadi pegawai Airasia bg tahu Encik kena buat pasport kat Putrajaya. Putrajaya??? Masalah pulak. Jadi aku terus bg cadangan supaya hubby pergi sorang ke KL dan kami 3 beranak bermlm di KK. Aku suruh hubby beli tiket mlm ni.Esok pg urus pasport, lepas tu dtg semula ke KK dan petang bertolak ke Jakarta. Cantikkkk...

Jadi hubby pergi semula ke pejabat imegresen utk menanyakan sama ada hari Sabtu pejabat buka atau tutup? Pegawai imegresen kata;

"Ohh pejabat buka esok,tapi separuh hari sahaja. Jadi esok pg Encik keluar awal, ambil teksi pergi ke sana. Pejabatnya dekat UMS,"kata pegawai tersebut.

Hubby," ambik teksi ja???"

Ha,ha,ha, maksud pegawai Airasia tadi Putrajaya kat KK, bukan kat KL. Memang di sini(KK) pejabat pentadbiran dipanggil Putrajaya. Nasib baik lagi tak beli tiket kapal terbang ke KL.Semasa kami dok berurusan dan berharap agar kami dpt pergi ke Jakarta hari ini, tiba2 dengar pengumuman memanggil...

"Penumpang2 ke Jakarta sila masuk bording past untuk pemeriksaan lanjut..."
Waaaa.....sedihnya...

Dan yg sedih lagi, penerbangan ke Jakarta tidak ada pd hari Sabtu, Ahad dan Isnin. Cuma ada pd hari Selasa,Rabu, Khamis dan Jumaat. Jadi terpaksalah kami bermlm di KK selama 3 hari. Hubby nak bawa kami pergi Jakarta jugak.

Jadi hari tu(10.12.2011)(bayangkan keadaan kami) kami ni dr rumah bertolak selepas subuh pukul 5pg ke Tawau naik kereta yg ambil masa 4 jam. Pukul 1ptg ke KK. Di KK terkandas. Adilah ni tak payah ceritalah.Sekejap2 tanya,sekejap2 tanya. Kenapa kita tak pi Indonesia lagi??? Proses pujuk memujuk sampai pukul 6ptg. Phak Airasia bg jugalah diskaun kat kami.Alhamdulillah...Lepas tu hubby urus booking tiket pulak secara online. Sampailah pukul 10mlm.Mujuq hotel tak penuh. Kami dok kat hotel Tang. Penatnya... Tapi mlm tu sempat lagi turun bawah tengok gerhana bulan. Subhanallah...Semua yg berlaku ada hikmahnya...

Berehat kat surau,sementara tunggu hubby berurusan dgn pegawai Airasia dan imegresen.


Lepas tu aku angkat pulak kat kerusi di luar.Kat sini ada tv.Boleh aku nonton.


Hubby tengah booking tiket baru.


Adlina dah bangun. Mula lah nakal balik.Tapi Alhamdulillah lah kerana masih bertenaga anak2 aku berdua ni. Walaupun dah sampai pukul 10 mlm.



Hubby sedang check-in hotel.



Best,best,best...


Dah mula dahhhh...



Satu, dua, tiga, lompatttt....Tak tau penat langsung la anak2 aku nih.Ni baru sampai. Macam manalah agaknya nak duduk dlm bilik ni sampai 3 hari.Bayangkannnn....He,he,he

Sunday, January 15, 2012


Pada 26.12.2011 aku sekeluarga berada di kampung. Seperti biasalah kalau di kampung, kami ni taik pernah lekat dekat rumah. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Pagi ni, kami nak pergi Sungai Petani, rumah kakak ku. Jadi pagi-pagi lagi aku dah siapkan Adilah dan Adlina. Hubby dah siap panaskan enjin kereta. Tiba-tiba hubby masuk ke bilik. Katanya "la...Yang hari ni anniversary mak dan abah,ya Allah...terlupa lah."Aku terus nak ubah rancangan. Tak sampai hati pulak nak tinggal mak dan abah di hari ulang tahun perkahwinan mereka. Bincang punya bincang, akhirnya kami balik juga Sungai Petani.

Tapi otak aku ni ligat memikirkan sesuatu. Aku terus tanya hubby, apa kata malam ni kita sambut ulang tahun perkahwinan mak dan abah? Kita makan kat luar? Kita ajak Mak Tih dan Pak Tih. Lepas tu kita ajak Azana dan Faizal(adik suami duduk kat Jitra). Apit dan Siti jauh(adik suami duduk di Kemunting), kalau dekat boleh ajak sekali.Tapi kita jangan bagi tau kat mak dan abah. Kita bagitau makan dgn kita ja.

Dalam perjalanan balik ke Sungai Petani kami singgah kat restoran yang malam ni kami nak makan. Restoran tu masih tak buka. Kata tauke sebelah, petang baru buka.Sebab malam dia buka sampai 2 pagi. Macam manapun kami kena oder dulu. Malam ni kami dari Sungai Petani datang semula ke Sik.Begitu juga dgn Mak tih dan Pak Tih dari Lubuk Merbau.Azana dan suami dari Jitra terus ke restoran. Jadi tauke sebelah tolong kejutkan pemilik restoran. Tima kasih banyak2...Selesai tugasan pertama.

Aku pun telefon Mak Tih dan Pak Tih jemput datang malam ni. Lepas tu on the way kami ke Tanah Liat Bukit Mertajam(rumah kakak ku) kami singgah beli kek siap2. Selesai tugasan...Alhamdulillah

Kami pergi Sungai Petani, ambil kak Mah dan Arisha kemudian ke Tanah Liat.(kan tadi aku dah kata, kalau balik kpg, merata kami pi.he,he,he)

Petang kami bertolak balik ke Sungai Petani. Bersiap2 nak pi jamuan. Janji dgn mak dan abah selepas Isyak. Kebetulan pulak malam tu mak dan abah ada mengaji kat surau. Jadi lambat la sikit. Lebih kurang pukul 9 mlm la.

Aku berharap agar kami sampai dulu daripada mak dan abah. Nak menyambut la kedatangan mereka. Malangnya...yang diraikan sampai dulu.He,he,he...bertuah punya anak.











Walau bagaimanapun, anakanda berdua doakan semoga ayahanda dan bonda sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan bahagia hingga akhir hayat. Anakanda berdua sayang mak dan abah.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ayahanda dan Bonda yang ke-36.

Friday, January 13, 2012

Ombak Perjalanan 3


Sampai je kat Airpot Kota Kinabalu, aku terus tukar pampes Adlina.Adlina kuat minum susu.Sekejap ja pampes dia dah penuh.

Lepas tu makan kat KFC. Adilah biasa lah nak makan nasi ayam KFC dan Adlina pulak nak makan kentang goreng.Layan...

Kemudian kami pergi solat dulu. Penerbangan kami ke Jakarta jam 6.50 petang. Setibanya di Airpot Kota Kinabalu, hubby sudah hendak check-in barang.Tetapi pegawai yang bertugas memberitahu bahawa terlalu awal.Katanya 3 jam sebelum bertolak barulah kami boleh check-in.Memandangkan masa tu baru pukul 2 petang, jadi aku ambil keputusan untuk membawa anak2 ke surau untuk berehat.




Apabila jam tangan aku menunjukkan jam 3.00 petang, aku menghubungi hubby untuk pergi check-in dulu kerana Adlina tidur. Kesian pulak aku nak kejut kan dia.Biar dia tidur puas2.Lagi pun penerbangan kami jam 6.50 petang. 3 jam lebih lagi. Jadi hubby saja lah yang pergi check-in.

Aku menelefon semula hubby untuk menanyakan perkembangannya, sama ada sudah selesai urusan check-in. Aku masih tak dapat pergi ke sana kerana Adlina dan Adilah masih tidur.




"Abang dah habih check-in ka? Ayang kat surau lagi ni.Kakak dengan adik dok tidoq lagi,"jelas aku. "La...yang...tak boleh check-in lagi. Ada masalah ni... Pasport abang ni...,"dengan nada yang sangat sedih.

"Kenapa abang?"aku panik."Abang kat mana la ni? Kalau adik jaga ayang pi kat abang,"jelas aku."Abang masih kat tempat check-in barang lagi.Ada masalah. Tak pa abang cuba urus dulu, apa2 nanti abang call yang, "jelas hubby.

Macam2 yang bermain difikiran aku. "Ya Allah, kenapa lah pulak? Ada masalah masa nak check-in barang? Ada benda2 terlarang ka dalam beg kami? Ada dadah ka? Hubby aku kena tahan ka?Ya Allah selamatkan lah kami sekeluarga.Amin...

Ikuti sambungan cerita Ombak Perjalanan 4...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...