Wednesday, February 1, 2012

Ombak Perjalanan 4









Ohhhhh.......tidddaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk........

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????













Pasport hubby sudah tak boleh digunakan lagi...

Sebenarnya hubby memang tahu tarikh tamat pasportnya 25.02.2012. Tapi, tapi...hubby tak tahupun yang 6 bulan sebelum tarikh itu perlu buat pasport baru. Hubby sorang saja yg bermasalah, aku dan anak2 okey,sebab kami bertiga baru buat pasport. Hubby guna pasport masa dia pi buat umrah. Hubby rasa bersalah sgt...

Pendekkan cerita, hubby aku ni sekejap pi pejabat Airasia, sekejap ke pejabat imegresen.Pergi balik,pergi balik dia. Aku serah semua keputusan kpd hubby. Aku urus anak2.

Keputusan yg diberi, pihak imegresen blh benarkan, tapi mereka takut Airasia pulak tak benarkan. Jadi bila kami pujuk2 pihak Airasia, mereka tak benarkan. Kata pegawai yang bertugas, mereka benarkan kami naik kapal mereka. Tapi bila sampai di Jakarta sudah pasti kami akan ditahan. Ditahan??? Kami akan disuruh pulang semula ke Malaysia.Hubby masih tak putus asa.Masih memujuk.

Akhirnya aku bersuara dan memberi pendapat. Biar kita susah di tempat sendiri, drp susah di tempat org. Abg buat dulu pasport baru. Akhirnya hubby akur.

Jadi pegawai Airasia bg tahu Encik kena buat pasport kat Putrajaya. Putrajaya??? Masalah pulak. Jadi aku terus bg cadangan supaya hubby pergi sorang ke KL dan kami 3 beranak bermlm di KK. Aku suruh hubby beli tiket mlm ni.Esok pg urus pasport, lepas tu dtg semula ke KK dan petang bertolak ke Jakarta. Cantikkkk...

Jadi hubby pergi semula ke pejabat imegresen utk menanyakan sama ada hari Sabtu pejabat buka atau tutup? Pegawai imegresen kata;

"Ohh pejabat buka esok,tapi separuh hari sahaja. Jadi esok pg Encik keluar awal, ambil teksi pergi ke sana. Pejabatnya dekat UMS,"kata pegawai tersebut.

Hubby," ambik teksi ja???"

Ha,ha,ha, maksud pegawai Airasia tadi Putrajaya kat KK, bukan kat KL. Memang di sini(KK) pejabat pentadbiran dipanggil Putrajaya. Nasib baik lagi tak beli tiket kapal terbang ke KL.Semasa kami dok berurusan dan berharap agar kami dpt pergi ke Jakarta hari ini, tiba2 dengar pengumuman memanggil...

"Penumpang2 ke Jakarta sila masuk bording past untuk pemeriksaan lanjut..."
Waaaa.....sedihnya...

Dan yg sedih lagi, penerbangan ke Jakarta tidak ada pd hari Sabtu, Ahad dan Isnin. Cuma ada pd hari Selasa,Rabu, Khamis dan Jumaat. Jadi terpaksalah kami bermlm di KK selama 3 hari. Hubby nak bawa kami pergi Jakarta jugak.

Jadi hari tu(10.12.2011)(bayangkan keadaan kami) kami ni dr rumah bertolak selepas subuh pukul 5pg ke Tawau naik kereta yg ambil masa 4 jam. Pukul 1ptg ke KK. Di KK terkandas. Adilah ni tak payah ceritalah.Sekejap2 tanya,sekejap2 tanya. Kenapa kita tak pi Indonesia lagi??? Proses pujuk memujuk sampai pukul 6ptg. Phak Airasia bg jugalah diskaun kat kami.Alhamdulillah...Lepas tu hubby urus booking tiket pulak secara online. Sampailah pukul 10mlm.Mujuq hotel tak penuh. Kami dok kat hotel Tang. Penatnya... Tapi mlm tu sempat lagi turun bawah tengok gerhana bulan. Subhanallah...Semua yg berlaku ada hikmahnya...

Berehat kat surau,sementara tunggu hubby berurusan dgn pegawai Airasia dan imegresen.


Lepas tu aku angkat pulak kat kerusi di luar.Kat sini ada tv.Boleh aku nonton.


Hubby tengah booking tiket baru.


Adlina dah bangun. Mula lah nakal balik.Tapi Alhamdulillah lah kerana masih bertenaga anak2 aku berdua ni. Walaupun dah sampai pukul 10 mlm.



Hubby sedang check-in hotel.



Best,best,best...


Dah mula dahhhh...



Satu, dua, tiga, lompatttt....Tak tau penat langsung la anak2 aku nih.Ni baru sampai. Macam manalah agaknya nak duduk dlm bilik ni sampai 3 hari.Bayangkannnn....He,he,he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...