Sunday, January 15, 2012


Pada 26.12.2011 aku sekeluarga berada di kampung. Seperti biasalah kalau di kampung, kami ni taik pernah lekat dekat rumah. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Pagi ni, kami nak pergi Sungai Petani, rumah kakak ku. Jadi pagi-pagi lagi aku dah siapkan Adilah dan Adlina. Hubby dah siap panaskan enjin kereta. Tiba-tiba hubby masuk ke bilik. Katanya "la...Yang hari ni anniversary mak dan abah,ya Allah...terlupa lah."Aku terus nak ubah rancangan. Tak sampai hati pulak nak tinggal mak dan abah di hari ulang tahun perkahwinan mereka. Bincang punya bincang, akhirnya kami balik juga Sungai Petani.

Tapi otak aku ni ligat memikirkan sesuatu. Aku terus tanya hubby, apa kata malam ni kita sambut ulang tahun perkahwinan mak dan abah? Kita makan kat luar? Kita ajak Mak Tih dan Pak Tih. Lepas tu kita ajak Azana dan Faizal(adik suami duduk kat Jitra). Apit dan Siti jauh(adik suami duduk di Kemunting), kalau dekat boleh ajak sekali.Tapi kita jangan bagi tau kat mak dan abah. Kita bagitau makan dgn kita ja.

Dalam perjalanan balik ke Sungai Petani kami singgah kat restoran yang malam ni kami nak makan. Restoran tu masih tak buka. Kata tauke sebelah, petang baru buka.Sebab malam dia buka sampai 2 pagi. Macam manapun kami kena oder dulu. Malam ni kami dari Sungai Petani datang semula ke Sik.Begitu juga dgn Mak tih dan Pak Tih dari Lubuk Merbau.Azana dan suami dari Jitra terus ke restoran. Jadi tauke sebelah tolong kejutkan pemilik restoran. Tima kasih banyak2...Selesai tugasan pertama.

Aku pun telefon Mak Tih dan Pak Tih jemput datang malam ni. Lepas tu on the way kami ke Tanah Liat Bukit Mertajam(rumah kakak ku) kami singgah beli kek siap2. Selesai tugasan...Alhamdulillah

Kami pergi Sungai Petani, ambil kak Mah dan Arisha kemudian ke Tanah Liat.(kan tadi aku dah kata, kalau balik kpg, merata kami pi.he,he,he)

Petang kami bertolak balik ke Sungai Petani. Bersiap2 nak pi jamuan. Janji dgn mak dan abah selepas Isyak. Kebetulan pulak malam tu mak dan abah ada mengaji kat surau. Jadi lambat la sikit. Lebih kurang pukul 9 mlm la.

Aku berharap agar kami sampai dulu daripada mak dan abah. Nak menyambut la kedatangan mereka. Malangnya...yang diraikan sampai dulu.He,he,he...bertuah punya anak.











Walau bagaimanapun, anakanda berdua doakan semoga ayahanda dan bonda sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan bahagia hingga akhir hayat. Anakanda berdua sayang mak dan abah.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ayahanda dan Bonda yang ke-36.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...