Friday, January 13, 2012

Ombak Perjalanan 3


Sampai je kat Airpot Kota Kinabalu, aku terus tukar pampes Adlina.Adlina kuat minum susu.Sekejap ja pampes dia dah penuh.

Lepas tu makan kat KFC. Adilah biasa lah nak makan nasi ayam KFC dan Adlina pulak nak makan kentang goreng.Layan...

Kemudian kami pergi solat dulu. Penerbangan kami ke Jakarta jam 6.50 petang. Setibanya di Airpot Kota Kinabalu, hubby sudah hendak check-in barang.Tetapi pegawai yang bertugas memberitahu bahawa terlalu awal.Katanya 3 jam sebelum bertolak barulah kami boleh check-in.Memandangkan masa tu baru pukul 2 petang, jadi aku ambil keputusan untuk membawa anak2 ke surau untuk berehat.




Apabila jam tangan aku menunjukkan jam 3.00 petang, aku menghubungi hubby untuk pergi check-in dulu kerana Adlina tidur. Kesian pulak aku nak kejut kan dia.Biar dia tidur puas2.Lagi pun penerbangan kami jam 6.50 petang. 3 jam lebih lagi. Jadi hubby saja lah yang pergi check-in.

Aku menelefon semula hubby untuk menanyakan perkembangannya, sama ada sudah selesai urusan check-in. Aku masih tak dapat pergi ke sana kerana Adlina dan Adilah masih tidur.




"Abang dah habih check-in ka? Ayang kat surau lagi ni.Kakak dengan adik dok tidoq lagi,"jelas aku. "La...yang...tak boleh check-in lagi. Ada masalah ni... Pasport abang ni...,"dengan nada yang sangat sedih.

"Kenapa abang?"aku panik."Abang kat mana la ni? Kalau adik jaga ayang pi kat abang,"jelas aku."Abang masih kat tempat check-in barang lagi.Ada masalah. Tak pa abang cuba urus dulu, apa2 nanti abang call yang, "jelas hubby.

Macam2 yang bermain difikiran aku. "Ya Allah, kenapa lah pulak? Ada masalah masa nak check-in barang? Ada benda2 terlarang ka dalam beg kami? Ada dadah ka? Hubby aku kena tahan ka?Ya Allah selamatkan lah kami sekeluarga.Amin...

Ikuti sambungan cerita Ombak Perjalanan 4...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...