Wednesday, January 11, 2012

Ombak Perjalanan 1

Salam semua...
Selamat Tahun Baru 2012. Semoga kita semua memulakan tahun baru ini dengan semangat yang baru. Kita jadikan episod lepas sebagai pengajaran dan sempadan dalam kita mendepani tahun 2012.

Lama sudah aku tak update blog. Hujung tahun 2011 jadual aku padat sangat. Jadi aku nak kongsi dengan rakan-rakan aktiviti ku sekitar penghujung tahun 2011.
Ceritanya bermula...

Pada 10 Disember 2011 kami sekeluarga pergi bercuti ke Jakarta. Sebenarnya, kami tak rancang pun nak pergi. Kebetulan hubby berurusan dengan seorang bapa dari Indonesia yang menguruskan sekolah Indonesia(untuk anak-anak pekerja ladang). Bapa Firdaus mempelawa hubby ke sana. Katanya "bapa beritahu saya saja bila mahu pergi sana,nanti saya uruskan."Jadi mendengar pelawaan tersebut hubby ku bagaikan 'orang mengantuk disorongkan batal' atau 'kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan'.

Kebetulan pulak(kebetulan lagi...) awal tahun dulu hubby buat pasport antarabangsa untuk kami semua. Aku tanya hubby "kita buat pasport ni nak pi mana?Hubby jawab "kita buat dulu,nanti kalau nak pi mana-mana senang".
Jadi dalam diam-diam hubby merancang untuk bawa kami ke Jakarta. Aku pun tahu last2 minit.Hubby kata superise!!Hadiah ulang tahun perkahwinan kami(yang ke-9).

Seminggu sebelum bertolak hubby pergi Tawau untuk tukar duit. Kalau tukar kat Tawau tinggi sikit nilai yang kita dapat. Biasa, RM1 , duit Indonesia 2800 Rupiah. Kat Tawau dapat 2870 Rupiah. Mak cik kayo! Mak cik kayo! Mak cik jadi jutawan. Sekejap je...


Aku ni pulak seronok nak pi jalan, tapi malasnya...nak packing baju. Jadi sehari sebelum bertolak, baru aku mengemas baju.

Ini beg baju aku dan hubby. Dalam ni juga aku bubuh susu,nestum, pampes Adlina.Aku bawa semua.Di sana tak tau lagi macam mana?Sampai sana tak la susah2 nak cari kat mana? Baju, tak apa boleh beli, tapi kalau susu tak ada,jenuh aku.Buat pulak Adlina tak mau minum susu lain.Jadi aku stanby semua.Baju Adilah n Adlina beg lain.

Baju untuk seminggu di sana. Beres...baju hubby n aku. Susun pulak baju anak2.

2 beg masuk bagasi. Beg galas ni aku simpan susu,nestum,air mineral,air panas, baju Adilah n Adlina, ubat-ubatan, tuala, selimut dan bantal kecil (bekalan dalam perjalanan). Beg ni ja yang kami bawa naik flight.

Alhamdulillah...semua dah selesai. Malam tu aku suruh Adilah n Adlina tidur awal. Esok pagi selepas Subuh dah nak bertolak ke Tawau. Naik kereta dulu ke Tawau.Lebih kurang 4 jam perjalanan dari rumah ke Tawau. Flight Tawau ke Kota Kinabalu pukul 1.00 tgh...

Dalam kedinginan pagi kami menyusuri jalan yang di kiri dan kanannya pohon2 kelapa sawit dan terus meninggalkan Felda Sahabat. Aku ambil kesempatan ini untuk melelapkan mata. Sampai di Lahad Datu hubby pergi tukar duit lagi. Hubby ku memang macam tu... Hari tu tak mau tukaq duit banyak terus. Bising jugak mulut aku dok mengomel kat hubby.He,he,he

Kami terus perjalanan dari Lahad Datu ke Airpot Tawau...

Ikuti sambungan cerita Ombak Perjalanan 2.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...