Saturday, December 3, 2011

Ubat Cacing

Hari ini (3 Disember 2011 ) seperti biasa aku mesti nak telefon kak Mah ku. Rasa mcm tak lengkap klau tak tel dia. Klau hari sek tak la terasa sgt sebab aku dok sibuk di sekolah. Tu pun ptg2 tel jugak dia. Bukan ada perkara penting pun. Saja nak tanya dok buat apa? Masak apa hari ni? Ada sapa2 mai dak? Dlm tak dak apa pun, kadang2 sampai sejam lebih jugak kami sembang. Kakak aku yg sorang lagi pun aku selalu teringat nak tel, tapi masa 'senang' kami tak sama. Pg, aku kat sek, bila ptg kak Kiahku pula kat sek. Bila mlm nak tel, kak aku tu dok berperang dgn 5 org hero2nya.

Penatnya...Aku yg 2 org ni pun dah penat. Baru aku terasa penat sebab cuti sek ni aku cutikan pembantu rumah. Jadi aku jadi suri rumah sepenuh masa. Dari pg sampai ptg tak habis2 kerja rumah ni kan. Celik2 mata, kemas rumah, bg depa mandi, mkn pg, sapu semula ( sebab Adlina makan berselerak, bg tumpah air,nasi dll). Lepas tu masak t/hari pulak,bg makan pulak, kemas balik(Adlina hambur). 2 org ni main2, berselerak pulak permainan. Main...ketawa,nangis, ketawa...aku marah2,tolong damaikan."Mama...adik beak."Pulakkkk...
Ni, diam saja...buat apa pulak??? Alhamdulillah dah tidoooo,zzzzzzzzzzzzzz Kakaknya blm tido.




Haa...berbalik kpd kakak ku yg anak 5 tadi, dia lagilah, pembantu tak ada. Anak2 hantar ke rumah org. Penat2 balik keja, nak masak, rumah nak kena kemas, nak lipat baju, iron baju sek anak2. Syabas lah kak Kiah.(Klau dia baca,he,he,he... mesti baca punya,banggalah tu.Jangan mareee... Sebab tu lah klau aku nak tel dia kena cari masa yg sesuai. Tu sebenarnya aku nak habaq. Byk pulak aku dok cerita merepek2 nih.

Sebenarnya n3 kali ni pasai ubat cacing...Nasib baik kak Mah ingatkan Arisha (intan payung sorang kak Mah ku) dah makan ubat cacing. Klinik Desa kat kpg aku bagus. Depa akan tel,klau tak pergi. Aku pulak, sekali ja pi klinik desa; iaitu lepas bersalin.Lepas2 tu tak pi dah. Aku selalu terlepas tarikh pi klinik desa utk cucuk budak2 ni. Depa pun tak tel aku. Ewah...belagak pulak, nak org tel dia. Hang sapa??? "Sendiri mau tau la..." he,he,he. Jadi aku takut kena marah, aku bawa la bebudak ni pi klinik swasta. Tu la, kelemahannya, aku kena ingat sendiri. Padan muka aku. "Sendiri mau ingat la..."

Masa bulan 9 aku balik kpg aku ada beli ubat cacing. Tapi tak bg Adilah makan lagi,coz masa tu Adilah tak sihat. Badannya yg dulu depa selalu kata cabi2(montel) semakin kurus. Risau jugak aku. Jadi lepas letak ganggang tel, aku terus selongkar almari ubat. Cari ubat cacing aku beli dulu. Alhamdulillah, dah jumpa. Taraaa...Ini dia ubatnya. Aku terus bg Adilah makan. Mujurlah Adilah ni jenis yg mudah makan ubat.

-Nurse tu bg tau kat kak aku, ubat cacing ni kena bg 2X dlm setahun.

Adilah dah tido...Adilah ni dr dulu lagi, masa dlm pantang lagi, gaya dia tidoq, meniarap. Tapi org putih kata bagus tidoq mcm ni,coz otak dia dpt berkembang. Kembang mcm mana pun tak tau lah??



Apa2 pun klau cerita ttg Adilah ni masa kecik, yg sinonim dgn dia ialah "kerja teriak ja". Mula pukul 12 tengah mlm sampai esok pg. Org kata "sawan tangis". Sampai kurus aku dibuatnya. Aku bersalin dan pantang kat kpg. Kak Mah aku yg jaga aku. Adilah ni pulak "keluar ikut tingkap"(Operation...coz aku darah tinggi dan satu lagi doc bimbang ada komplikasi yg lain). Maklumlah selama 4 thn setengah menunggu baru nak dpt Adilah, setelah 2 kali keguguran. Aku salin kat Wisma Bersalin Dr. Zainol.

Dekat pukul 5 baru nak tidoq. Sat lagi dia bangun nak teriak la,coz tak dpt nak main kat luaq. Tu yg aku geram kat dia. Sat lagi pukul 6 dah gelap, dah maghrib pun. Dari pukul 2 lagi aku suruh dia tidoq, tapi tak mau. Tengok la sat lagi mesti nangis. Tadi abah dia ada janji nak pi pantai ptg ni. Baru tidoq, pukul berapa nak bangun? Dengan abah2 dia sekali tidoq. Aku ja yg setia kat sini.

Berbalik kpd ubat cacing, masa balik kpg bln 9 hari tu, Mak Tih(kakak kpd mak mertua ku) bg petua org dulu2. Depa dulu2 bg mandi air dun betik ja. Sekarang ni pun Mak Tih dok buat kat cucu kembar dia.

Caranya; ambil daun betik, masukkan dalam baldi yg berisi air. Kemudian, ramas2 daun betik dan siramkan ke seluruh badan anak kita. Tapi ingat; jangan siram kat kepala. Mak Tih kata "kalau siram kat kepala, jawabnya budak ni tak lalu makan langsung. Jadi masa di kpg, aku dah la buat kat Adilah.

Kepada yg tak kenai daun betik( melampau klau tak kenai,he,he,he,) aku letak gambaq kat sini. Tapi satu aku nak habaq, kat Sabah tak panggil betik, tapi payas-buah payas.(Aku rasa drp perkataan org putih la papaya, disingkatkan jadi payas. Klau sebut betik, lain bendanya...perkataan tak elok tau dak?? Tapi, sekarang ni mcm depa blh terima dah perkataan tu, coz dah ramai org semenanjung kat sini.) Aku kadang2, sebut buah betik, kadang2 sebut buah payas. Tengok keadaan la. Bak kata pepatah, "di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung".


Sambung sikit lagi boleh???

Memandangkan aku nak bina semula rumah...eehhh bina badan Adilah... aku belikan dia multivitamin. Ini dia...aku beli kat SP.




Kemudian aku sambung bg Adilah minum susu S26 step 4. Adilah mula tak minum susu bila dia pi sek dan bila dia tinggalkan botol susu. Dia tak mau minum dlm cawan. Aku pun dok sibuk2 dah lupa, bhw susu tu sgt penting. Jadi aku bg dia minum susu 2 gelas satu hari. Tapi bab mancuh,eh..bancuh susu ni, aku nak puji sikit la hubby ku ni. Setakat ni dialah yg bancuh susu utk Adilah. Tak kiralah penat mcm mana pun, dia pasti akan bancuh. Kecuali la klau dia tak ada, pi meeting kat Tawau atau lain2. Makasihhhh...


Okey...sampai sini je ye. Nanti kita jumpa lagi. Wasalam...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...