Thursday, December 1, 2011

2 Tahun-Nur Adlina Sayang

Pada 23 September adalah hari jadi puteri ku yang ke-2. 3 hari lewat dari harijadi ku. Dah besar anak mak ni. Nur Adlina ni aku lahirkan dia kat Hospital Besar Lahad Datu secara normal. Jadi no. ic dia -12-. Bila umurnya 2 thn, semua perkara dia nak buat sendiri. Semua lah...dia nak buat sendiri. Jadi, bila minum air,bg tumpah.Bila makan bg bersepah. Buka cd, bg calar. Ya Allah sgt2 menguji kesabaran ku.Ditambah lagi pilak dgn kakak yg tak nak mengalah. Wah... rumah ku jadi gegak gempita.Hah,hah,hah....Namun aku bersyukur kehadrat Allah kerana mengurniakan aku cahaya mata. Semoga anak2 ku menjadi anak solehah dan insan yg berjaya di dunia dan di akhirat. Amim...
Aku sambut secara sederhana. Siangnya aku sambut kat Taski kakaknya. Aku belikan kek dan bungkus gula2 utk kawan kakak. Kiranya kawan kakak tu, kawan2 dia lah.Aku bawa dia ke Taski kakak. Malamnya aku beli kek utk kami sambut berempat.

Kakak Nur Adilah "Happy birthday to u2x, happy birthday to adik Nur Adlina..."

Mama n Abah sayaaannngggg... kakak n adik.Muaahhhhh

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...