Monday, November 21, 2011

Kongsi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri

Pada 25.09.2011 (Ahad), jam 4.30 ptg hingga 9.00 mlm, bertempat di perkarangan rumah diadakan Majlis Rumah Terbuka. Kami kongsi 4 keluarga(En. Sadri dan Pn. Nafisah, En. Md Yahya dan Pn. Aisyah, En. Mohd Husna dan Pn. Zazliza, En. Rahamat dan Pn. Masithah). Seronoknya...Rasa macam nak sambut menantu...




Haaa...antara menunya ialah nasi ayam, nasi minyak, lemang dan rendang daging, pecal,mee rebus, kek coklat, puding, tapai, bubur caca, buah tembikai, air jagung, air nanas...apa lagi yek???



Ramai yg datang. Thn depan kena buat mcm ni lagi. Jimat hari, jimat baju, jimat mcm2 lah. Jimat hari sebab 1 hari ja blh 4 buat rumah. Jimat baju, sebab sepasang baju utk pi beraya 4 buah rumah, he,he,he...Di sini tiap2 hari ada rumah terbuka. Tak larat nak atur jadual ke rumah terbuka dan sampai tak cukup hari nak buat rumah terbuka. Berebut2 tarikh nak buat. Ada yg terpaksa buat rumah terbuka selepas bulan Syawal.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...