Monday, March 21, 2011

Ayam Ros Pandan

Tengok dlm peti ais ada ayam. Nak masak apa ye? Apa lagi aku terus buka pakar rujuk la. Jadi aku ambik resepi ni daripada Secubit Garam. Minta izin saya copy paste resepi di blog saya pulak ya.Tq...

AYAM ROS PANDAN
resipi : CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram
sumber :cikguburunghantu2


BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

CARA MEMBUATNYA :-)
Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..


Bahan2 utk menumis.


Bahan2 utk dikisar. Buah keras aku tak dak. Tapi blh lah...


Ayam yg tlh digoreng.


Bahan2 yg dikisar sedang dimasak.


Dah siap utk diner. Biasanya klau hari sek, aku masak utk malam, merangkap utk esok sekali.


Hubby kata "mavelesss..." 3 kali hubby tambah nasi. Katanya "esok pagi abg dah tak sarapan."Ayat cover la tu.He..he..he..Cubalah, memang sedappp. Tima kasih k.Nor.

Cucuq kodok (jemput2 pisang)

2 hari lepas hubby beli pisang ni. Di sini panggil pisang Susu/Budak. Nak mcm pisang Mas la. Hari ni aku tengok dah ranum sgt. Jadi aku buat cucuq kodok la. Hubby suka makanan yg berkaitan dgn pisang.


Sorry la hitam manis sikit. Maklum la masa ni sambil goreng, dok monitor Adilah n Adlina main kat luar. Tengok2 ni lah warnanya. Hubby balik aku jamu utk minum ptg.

Saturday, March 19, 2011

"Jom Join Bloglist Blogger Baru!"



Salam semua...Jom join bloglist ni. Terbuka kpd blogger2 baru yg followernya kurang
300 org, mcm blog aku ni la...hehehe..
Kalau ada yg nak join tu klik sini yer - Bloglist Blogger Baru
See you there!!!


Friday, March 18, 2011

Di Sebalik Pintu Dapur Kayu

Hari ni cadang nak buat kerabu ikan tongkol. Bila buka blog dari dapur madihaa aku dpt idea. Memandangkan semua bahan ada, kecuali ikan tongkol. Kat tempat aku dok ni ikan tongkol murah sekilo RM4 ja. Tapi sebelum ni aku tak tau nak masak apa ikan tongkol ni? Tapi hubby suka sgt beli ikan tongkol ni. Kadang2 naik geram kat hubby. Jadi hari ni aku suruh hubby beli ikan tongkol. Hubby kata "ikan yg selalu abg beli ka??".Hubby tanya 2,3 kali mcm tak pecaya pulak!!He..he..selalu tak mau.Hari ni suruh pulak.Aku ambik resepi dari dapur madihaa


Izinkan saya copy,paste resepi kat sini ya.Tima kasih...

Kerabu Ikan Tongkol by Watierman myresipi
sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
sumber :zazliza

Bahan-bahan
1/2 ekor ikan Tongkol (ikan kayu/ ikan aye) sederhana besar [MaDiHaA guna 1 ekor]
2 labu bawang besar
2 biji cili merah
5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
secubit garam ikut selera anda
air perahan limau kasturi/ limau nipis
sedikit gula (ditambah)
1 kuntum bunga kantan [MaDiHaA tambah] ~ dihiris nipis

Cara-cara
1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua. Lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi.
2. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawang besar, cili merah, cili api & bunga kantan.
3. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa.
4. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi. Gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam & gula secukup rasa dan perahkan limau kasturi .... dah siap untuk dihidangkan.




Ikan tongkol dah ada, aku cari pulak oven nak bakaq ikan ni. Lama aku tak guna oven ni.Last aku guna tahun 2008 kot. Aku simpan dlm almari dapur. Ok ka tak ok? Mintak2 la tak rosak. Aku ambik,lps tu aku cuci, lap2 n test. Masih ok. Lampu menyala.Alhamdulillah...






Lepas tu apa lagi aku pun bakar la ikan tongkol ni. lebih kurang 45 minit dan suhunya 190 darjah.


Dlm dok sibuk2 nak menyediakan bahan lain, dengar Adlina panggil, "mama,mama,mama, pah,pah". Aku buka pintu dapuq, tengok2...."ya Allah.........anak bertuah ni, air tumpah...basah habih".


Tengok muka tak ada perasaan.Dia buat dek ja...Geramnya aku.

Siap renyeh lagi kat aku masa aku ambik gambaq dia. Aku membebel2 kat dia babap tangan dia sikit, dia lari.

Tengok muka bersalah...


Aku sambung sedia bahan2. Ni antara bahan2nya...


Untuk puteri2ku aku buat sup ayam ja. Simple2 aje... Hubby makan dengan audit. Hari ni audit last berkpg kat sini.Tu dia sup ni dok menggelegak atais dapuq ni. Nah ambik, aku tangkap gambaq masa dok atais api lagi.He..he..


Ni hasil ikan tongkol yg dibakar. Wanginya...


Senyap ja puteri2ku nih. Depa buat apa pun tak tau??? Jenguk sat aihh...




















Tu dia berkelempang tidoq. Tengok Adilah tangan dok pegang remot tak lepas2.




Tu dia...siap dah "Kerabu Ikan Tongkol". Akhirnya berjaya jugak,walaupun pelbagai dugaan yg terpaksa ku tempuh.Eewahhh...Memang beginilah keadaannya setiap kali aku nak masak. Berperang di dapur,berperang dgn puteri2 ku ini. Apapun aku gumbira. Inilah hidupku...

Kerabu Ikan Tongkol


Taraa... dah siap kerabu ikan tongkol. Akak Mah jangan jelous. Sedap resipi ni. Bila tergiggit cabai Melaka(loghat org Kedah;bendanya cili padi) terangkattt...Cubalah. Aku ambik resepi ni dari dapur Madihaa. Tima kasih byk2.

ZZZzzzzzzzzz

Petang semlm aku asyik dok layan internet dlm bilik, bebudak tu aku biar kat luar nonton tv. Aku dengaq sat2 gelak,sat2 menjerit,sat2 teriak. Aku buat2 tak dengaq. Klau nak dilayan tak dak chan aku nak baca n3 ana kat Paris. Dok lama lepas tu senyap ja.Aku apa lagi? Legaaa...boleh terus layan internet.Aku jengok tengok..........tu dia, sebab tu la senyap.Adlina dah tidoq. Cantik pulak tu landing dia.Mujuq tak jatuh tergolek.Yg Adilah pun tak habaq adik dia tidoq.

Wednesday, March 16, 2011

Menan Adilah

Menan ni beli kat Tawau masa jamuan jasamu dikenang. Adilah nak sangat.Dia pegang tak lepas2.Jadi nak tak nak kena beli jugak.
Dapat kat Adlina bertukar sudah fungsinya..."Hello,hello....."

Nasi goreng kampung

Malam ni buat nasi goreng kampung ja utk hubby. Hubby tambah byk kali. Siap nak simpan utk esok. He..he..he...

Demam cuti sekolah

Tu dia ubat...Hari ni Adilah demam pulak. Bangun pagi2 tadi badan panas,lepas tu mata sebelah kanan bertahi mata. 3 hari lepas dah ambik ubat sebab muntah2 dan cirit-birit. Yg itu dah baik, hari ni demam pulak.Lepas makan nasi,aku bg ubat, lepas tu aku suruh rehat. Nasib baik Adilah ni senang makan ubat.Ni biasalah jururawat yg setia. Jururawat ni sekejap dia naik belakang pesakit, dia pijak kaki,mcm2 dia buat. Nak ajak main..."Katak,katak..."Adlina dok panggil kakak dia ajak main.

Lastnya, aku suruh Adilah tidur depan tv. Bukan apa klau dlm bilik,aku pun kena dok dlm bilik la.Tak dpt aku nak buka blog.Adlina pulak aku buka cd Barney. Dia tak kacau la kakak. Sekarang ni Adilah dah tido.Adlina dok layan Barney,panjat2. Aku dok dlm bilik layan internet.He,he,he...





Aku dengaq bunyi dum,dam,dum,dam.Aku mengendap tengok.Tu dia, dia buat keja lama balik.Dia ingat kecik lagi kot.Muat nak masuk dlm tu.
Okey...bye semua nanti aku cerita lagi ya.Adilah dah jaga, minta buka Ceria.Adik dok tengok Barney.Klau lambat2 gaduh besaq tu. Assalamualaikum...

Mak Tih dan Pak Tih Adilah

Adilah dok ketawa sorang2.Dia kata "ni mak tih,ni pak tih".Lepas tu dia ketawa balik.
Aku pun tanya la dia,"kenapa Adilah ketawa?".Dia pun tunjuk...

Sukanya aku... Adilah dah boleh lukis.Kiranya mcm nampak la bentuk.Sebelum ni!?&$#@...

Aktiviti cuti sekolah


Nasib baik aku beli permainan blog kat Adilah.Aku beli kat Cosway.Aku beli guna kupon yg thn2 lepas.Nasib baik depa terima lagi kupon tahun 2009,2010.Nak bawa Adilah n Adlina pi dewan pun tak boleh.Bila ptg ja hujan.angin kuat...Takut juga aku,bila dengar Jepun dilanda Tsunami.Aku dekat ja ni dengan pantai.Aku tertanya2 juga,apa yg patut aku/kami yg duduk kat sini klau berlaku Tsunami?Nak lari keluarpun,on the way ke Lahad Datu pun tepi pantai.Nak lari balik semenanjung pun kapal terbang tak ada.Jadi jawapannya:kami hanya mampu berdoa moga kami semua selamat.Eeehhh..dia tanya,dia yg jawab.Apapun aku turut bersimpati atas apa yg menimpa rakyat Jepun.
Laa..melalut la pulak.Tadi dok cerita permainan Adilah.Bagus juga, aku tengok bila dia main blog ni otaknya berjln(berjln??he..he..he). Sebelum ni bukan sebab apa aku tak mau beli blog tu,sebab semak.Kecik2, sat gi Adlina ambik masuk mulut,baling2.Semak...Tapi bila fikir2kan sampai bila?Alhamdulillah,Adilah boleh buat 3 bentuk dah.Dia tengok gambar,lepas tu dia buat.

Cuti sekolah


Rasanya cuti sekolah 1 minggu ni lah yg tak pi jln mana2.Selalunya cuti...saja jln,cuti mesti jln.Waima cuti Sabtu dan Ahad pun jln.Pi Lahad Datu pun jadilah.Tapi cuti kali ni...hubby ada audit dtg.Sibuk aku nampak.Tapi ok juga tak pi mana2.Boleh jugak aku kemas rumah.Byknya barang2 aku ni.Dlm almari bab baju,kat dapur bab brg2 dapur,masuk bilik Adilah bab mainan dia.Tak guna,tak pakai dah pun.Dok simpan jugak.Tu yg menyemak...Peningnya kepala.Dlm pada dok mengemas,kena masak jugak.Adilah dah lapaq nasi.Hari ni aku masak gulai daging.Daging sekilo RM18.Jarang2 ada.Hubby beli ikan putih,aku buat 3 rasa,goreng ikan putih dan buat sambal.Habis... Ulam tak dak pun.Tapi hubby memang mcm tu, dia akan cicah ikan dgn sambal. Mesti ada pedas... Ayat Adilah "rasalah,pasti sedap..."

Sunday, March 13, 2011

Latihan intensif

2 hari sebelum sukan taski aku terima surat daripada cikgu Adilah, menyatakan bahawa Adilah masuk acara susun huruf a hingga g.Jadi cikgu minta agar ibu/bapa dpt melatih anak2 di rumah.Aku kata kat Adilah,"Adilah kenapalah susun huruf a sampai g saja.Kenapa tak sampai z??"Ewaah...cakap memang senang.Nak suruh dia belajar pun mcm2 halangan.Nak tengok ceria la,bla,bla...
Jadi mlm tu aku tunggu dia buat latihan guna buku Barney.
Suka la dia klau habis buat latihan, aku lekat stiker Barney.
Ni la hasilnya...
Adlina geramnya tengok kakak dia dok kaler.Dia pun mula la nak mengacau.
Tengok Adlina tu,dia panjat naik meja kak dia.Adilah apa lagi melalak la."Waaaaaaaaaaaa mama tengok adik". Hubby pulak tak ada.Ada perjumpaan kat Kolej KINI.Adlina apa lagi,berkuasa la.Adlina ni klau abah dia cakap, dia dengar sikit.Aku pun mula la tinggi suara.
"un,un,un..."Bila aku marah,dia pun kata un(turun).Nakal Adlina nih...
Boring la,minum susu lagi best.............

Sukan Taski Darul Najah

Hari Sabtu 12.03.2011 Taski Darul Najah mengadakan sukan.Adilah memasuki pertandingan menyusun huruf a hingga g secara individu. Kalau ikutkan hati nak kata kat Adilah" tak payah lah pergi sukan, kita ikut abah lah".Hubby ada mesy kat Sandakan. Aku pun dah cuti sekolah.Tapi bila fikir2 balik,Sandakan bila2 pun boleh pergi,pengalaman Adilah masuk sukan sekali ja.AJK sedang mengikat riben di pergelangan tangan(ada nama) senang nak cam.Muka Adilah tak manis langsung...
Pandai pulak Adilah dok bersila.Sedang khyusuk mendengar perasmi berucap.Kalau tidak hubby la jadi perasmi,tapi dah ada mesy.Kaum ibu jugalah yg bawa anak2.
Perasmi sedang berucap.
Budak2 ni diberi makan dulu.Adilah kata kuih taya traktor(donat).Tudung hijau depan Adilah namanya Mira Kadir.Adilah selalu bg nama kawan dia sekali nama bapa.
Banyak juga acara yg dipertandingkan.Antaranya merarik bola guna gelung rotan.
Memakai pakaian seragam.Tengok tu ada yg pakai terbalik...
Tu dia...Adilah dok tengah susun huruf a-g.Mula2 dia tak mahu masuk.Adilah sangat pemalu klau di sekolah.Klau di rumah baca a sampai z.Memekak satu rumah
Yang lucunya,dia habis ja susun,terus lari ikut kawan.Dia tak kira lah betul ka,salah ka.Jadi utk acara tu ada pemenang tempat 1 dan 2 ja.Tak ada tempat ke-3.Adilah salah susun.Geramnya aku...Tapi tak apalah yg penting aku tahu Adilah kenai huruf.Mungkin gabra sgt masa pertandingan.Yg penting dia mau juga masuk.Klau teriak kat situ lagi la malu.He,he,he
Acara dayung sampan.Adilah masuk juga.Tapi tak menang,sebab tekong di depan sekali dok menangis.
Ni pulak...acara isi air dlm botol.Haa...ni kumpulan Adilah menang.Dapat tempat pertama.
Acara utk ibu bapa.Ni mesti suami isteri.Jadi aku tak blh masuk la.Sedih...hubby tak dak.Waaaa......Eehhh aku masih ada peluang.Acara semakin jauh, semakin sayang blh berganding dgn kawan.Apa lagi aku kan suka acara2 mcm ni.Aku masuk dgn isteri perasmi.Kami dpt tempat ke-2.Gambaq tak dak la pulak.Tak sapa nak ambil gambar.
Acara penyampaian hadiah.
Dapat piala,hamper...
Adilah dan kawan baiknya Wawa selepas tamat majlis.
Adilah dgn kejayaannya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...