Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Lamanya daku tak buka blog. Dari awal tahun 2012 hingga awal tahun 2013. Lebih kurang setahun la tu kan. Malam ni rindu sangat nak buka blog. Sampai nama blog sendiri pun dah lupa. Hikhikhik...Awal tahun 2012 tu, aku sibuk uruskan perpindahan. Sebulan juga kami 3 beranak dok Sabah. Hubby pindah dulu, setelah beberapa kali minta tangguh.
Akhirnya, aku redha dengan ketentuan Ilahi dan aku kuatkan semangat suruh hubby pindah dulu. Dalam masa yang sama aku berusaha uruskan perpindahan dan menunggu keputusan. Penantian satu penyiksaan. Waktu tu juga aku mengemas barang2 sedikit demi sedikit dengan bantuan pembantu rumahku. Nasib baik ada bibik ku. Banyak sungguh barang aku. Pening kepala nak mengemas. Ya lah 7 tahun aku di Sabah. Datang berdua, balik berempat.
Akhirnya...penantian tamat. Bulan 4 aku dapat pindah balik Semenanjung ke Negeri Sembilan. Alhamdulillah...aku sangat2 bersyukur. Terima kasih Ya Allah, sesungguhnya Engkau memudahkan urusan ku dan Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diriku.
Sambutan Maulidur Rasul
-
Pada 18 Februari 2012 Panitia Pendidikan Islam SMKDK menganjurkan Sambutan
Maulidur Rasul. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pertandingan
sepanduk,ha...
12 years ago