Inilah Restoran Rumpun Selera kat Bandar Perdana Lahad Datu. Restoran Mamak,boleh la tahan makanannya.Tapi tak boleh la lawan Nasi Kandar Pelita,Nashmir dll kat Semenanjung.Tapi boleh la klau teringin2,teringat2 nasi kandar...
Nak pi Tawau, ada diner sempena AM Hubby pindah ke Sahabat 30.Bertolak dr rumah pun dah lewat.Tunggu Hubby pergi opis dulu.Pukul 1.00 tgh baru bertolak.Aku tak masak apa2 la.Mujuq pagi makan roti canai.Masih lagi rasa kenyang.Sampai saja di LD,Adilah bersungut lapaq.Jadi Hubby singgah la kat sini.Perjalanan ke Tawau 3 jam lagi.
Tengok tu Adilah,berseleranya..........
Adlina mcm biasalah,suruh duduk di kerusi baby tak mahu.Berjln saja kerja dia.
"Mama,mama...fish,fish".Cantik pulak aku tengok akuarium kat restoran ni.Ingatkan akuarium 4 segi ja.Rupa2 mcm segi.Tu la tandanya aku ni dah ketinggalan zaman.